| Umai Sarawak |
Bahan-Bahan :
- Ikan Tenggiri : : 2 Keping (Ikan lain pun boleh, ikut selera)
- Bawang Merah : : Sebiji
- Cili Padi : : 3 Biji
- Limau Nipis : : Sebiji (Ambil Jus)
- Lemon : : Sebiji (Ambil Jus)
- Cuka : : 1 Sudu Kecil
- Bawang Besar : : Sebiji
- Cili Merah : : Sebiji
- Gula & Garam : : Secukup Rasa
- Bersihkan ikan tenggiri, hiris halus dan buang kulit.
- Selepas tu, perap dengan jus limau nipis, lemon & cuka (ambil separuh dari jus yg diperah) Perap selama 30 minit.
- Selepas perap, ikan tu akan berubah jadi warna puteh & tidak hanyir. Jika warna isi ikan sudah keputehan, itu bermakna isi ikan telah masak dengan perahan jus dan cuka. Jika masih was-was, basuh isi ikan dengan jus dan cuka tersebut sehingga anda puas hati.
- Tumbuk bawang merah & cili padi. Mayang halus bawang besar & cili merah.
- Kemudian gaulkan bahan tumbuk dengan isi ikan.
- Kemudian, tuang baki jus & cuka serta masukkan garam & gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Akhir sekali gaul dengan bahan mayang. Dan boleh dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment