Pages

Tuesday, May 3, 2011

Udang Goreng Telur Masin Rangup

Bahan-Bahan :
  • 6 ekor udang 
  • 3 biji kuning telur masin 
  • 2 gram rumpai laut 
  • 5 gram serbuk pati ayam 
  • 5 gram gula 
  • 50 mililiter air secukupnya 
  • Minyak untuk menggoreng 
Gaul dan jadikan sebati:
  • 3 sudu besar tepung beras 
  • 1 sudu kecil tepung naik sendiri 
Cara memasak:
  • Bersih dan tanggalkan kulit udang kecuali ekor. Celupkan dalam sebatian tepung beras dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan. 
  • Kukus kuning telur masin dan lumatkan sehingga hancur. 
  • Rumpai laut dipotong menjadi jalur nipis. 
  • Masukkan sedikit minyak, goreng udang dan kuning telur masin sehingga mesra. Masukkan gula, serbuk pati ayam dan jaluran rumpai laut. Goreng seketika. 
  • Angkat dan hidangkan. 
Petua menjadikan masakan udang rangup :
  • Untuk menjadikan udang bersalut tepung ini rangup, tambahkan tepung beras. 
  • Pilih udang yang segar dengan melihat isinya yang masih keras. 
  • Jangan letakkan udang dalam peti sejuk jika mahu menghasilkan gorengan lebih enak. Sekiranya ada kandungan ais, sejatkan sampai kering barulah dicelupkan dalam tepung yang disediakan. 
  • Apabila menggoreng, kawal apinya. Api yang perlahan dan terkawal akan memastikan kerangupan tersendiri.
Sumbangan Abg K

0 comments:

Post a Comment