Pages

Saturday, May 14, 2011

Mee Kolok Sarawak

Mee Kolok Sarawak

Bahan-Bahan :
  • Mee Sanggul : : 3-4 Gulung
  • Perencah Sup : : 1 Sudu Besar
  • Daging Lembu : : 100gm
  • Air Secukupnya 
  • Garam Secukup Rasa
  • Bawang Putih : : 5 Ulas (dicincang) 
  • Cili Api : : 8 Biji
  • Serbuk Lada Hitam : : 1 Sudu Kecil
  • Minyak masak : : 4 Sudu Besar
  • Kicap Manis  : : 5 Sudu Kecil
  • Kicp Pekat : : 1 Sudu Kecil
  • Limau Kasturi : : 2 Biji (ambil jusnya) 
  • Daun Bawang & Daun Sup (dihiris) 
  • Sos Ikan / Sos Soya : : 1 Sudu Kecil
  • Cuka  : : 1 Sudu Kecil
Cara-Cara Memasak Sup :
  • Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan) 
Cara-Cara Memasak Mee
  • Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. 
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan. 
  • Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan. 
Cara-Cara Memasak Sambal :
  • Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula) 
Cara-Cara Menghidang :
  • Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sebagai kuahnya jika suka.
Sumber Resepi Dari : Red Dish Kitchen


1 comments:

auntyamoi said...

Perencah sup blh dpt kat mana ?

Post a Comment