Pages

Monday, May 16, 2011

Cucur Nugget Ikan

Bahan-Bahan :
  • Nugget Ikan : : Mengikut Kesesuaian (Hancurkan)
  • Tepung Jagung : : 2 Sudu Besar
  • Tepung Gandum : : 5 Sudu Besar
  • Yis : : Sedikit
  • Lada Sulah : : Secukupnya
  • Air : : Secukupnya.
  • Oregano : : Sedikit (Pengganti Garam)
  • Cili Besar : : 1 Biji (Potong Dadu Kecil-Kecil)
  • Bawang Besar : : 1 Biji (Potong Dadu Kecil-Kecil)
  • Minyak : : Untuk Menggoreng.
Cara-Cara :
  • Hancurkan nugget ikan, kemudia gaul bersama dengan tepung gandum. Gaul sebati dan masukkan tepung jagung. 
  • Selepas betul-betul sebati, masukkan yis dan gaul lagi.
  • Akhir sekali masukkan lada sulah, oregano, cili besar dan juga bawang besar dan gaul sebati.
  •  Biarkan selama 15 minit kemudia bentukkan bulat sebesar ibu jari.
  • Panaskan minyak dan goreng.

Saturday, May 14, 2011

Mee Kolok Sarawak

Mee Kolok Sarawak

Bahan-Bahan :
  • Mee Sanggul : : 3-4 Gulung
  • Perencah Sup : : 1 Sudu Besar
  • Daging Lembu : : 100gm
  • Air Secukupnya 
  • Garam Secukup Rasa
  • Bawang Putih : : 5 Ulas (dicincang) 
  • Cili Api : : 8 Biji
  • Serbuk Lada Hitam : : 1 Sudu Kecil
  • Minyak masak : : 4 Sudu Besar
  • Kicap Manis  : : 5 Sudu Kecil
  • Kicp Pekat : : 1 Sudu Kecil
  • Limau Kasturi : : 2 Biji (ambil jusnya) 
  • Daun Bawang & Daun Sup (dihiris) 
  • Sos Ikan / Sos Soya : : 1 Sudu Kecil
  • Cuka  : : 1 Sudu Kecil
Cara-Cara Memasak Sup :
  • Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan) 
Cara-Cara Memasak Mee
  • Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. 
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan. 
  • Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan. 
Cara-Cara Memasak Sambal :
  • Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula) 
Cara-Cara Menghidang :
  • Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sebagai kuahnya jika suka.
Sumber Resepi Dari : Red Dish Kitchen


Umai Sarawak

Umai Sarawak

Bahan-Bahan :
  • Ikan Tenggiri : : 2 Keping (Ikan lain pun boleh, ikut selera)
  • Bawang Merah : : Sebiji
  • Cili Padi : : 3 Biji
  • Limau Nipis : : Sebiji (Ambil Jus)
  • Lemon : : Sebiji (Ambil Jus)
  • Cuka : : 1 Sudu Kecil
  • Bawang Besar : : Sebiji
  • Cili Merah : : Sebiji
  • Gula & Garam : : Secukup Rasa
Cara-Cara :
  • Bersihkan ikan tenggiri, hiris halus dan buang kulit.
  • Selepas tu, perap dengan jus limau nipis, lemon & cuka (ambil separuh dari jus yg diperah) Perap selama 30 minit.
  • Selepas perap, ikan tu akan berubah jadi warna puteh & tidak hanyir. Jika warna isi ikan sudah keputehan, itu bermakna isi ikan telah masak dengan perahan jus dan cuka. Jika masih was-was, basuh isi ikan dengan jus dan cuka tersebut sehingga anda puas hati.
  • Tumbuk bawang merah & cili padi. Mayang halus bawang besar & cili merah. 
  • Kemudian gaulkan bahan tumbuk dengan isi ikan.
  • Kemudian, tuang baki jus & cuka serta masukkan garam & gula secukup rasa. Gaul sebati.
  • Akhir sekali gaul dengan bahan mayang. Dan boleh dihidangkan.

Nasi Ayam Penyet Sarawak

Nasi Ayam Penyet Sarawak

Bahan-Bahan Untuk Ayam :
  • Ayam : : Seekor (Potong 8 & rebus selama 10 minit dan toskan) (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi)
  • Jintan Manis : : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Jintan Putih : : ½ Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Ketumbar : : 3 Sudu Besar (Goreng tanpa minyak hingga naik bau)
  • Serbuk Kari Ayam : : 1 Sudu Besar
  • Serbuk Kunyit : : 1 Sudu Besar
  • Serbuk Lada Putih : : ½ Sudu Besar
  • Bawang Putih  : : 3 Ulas
  • Halia : : 1cm
  • Sedikit Air 
  • Garam : : Secukup Rasa
  • Minyak : : Secukupnya
Bahan-Bahan Untuk Sambal :
  • Minyak Masak : : Secukupnya
  • Cili Merah : : 10 Biji (lebihkan jika mahu lebih pedas) 
  • Cili Padi  : : 10 Biji
  • Bawang Kecil / Merah : : 10 Biji (Dihiris)
  • Bawang putih : : 3 Biji (Dihiris)
  • Tomato : : 5 Biji (Potong 4)
  • Belacan : : 5cm
  • Ikan Bilis : : 2 Sudu
  • Gula Merah : : 3 Sudu Kecil / Secukup Rasa 
Bahan-Bahan Untuk Nasi :
  • Beras : : 3 Cawan (Dibasuh dan ditoskan)
  • Bawang Putih  : : 3 Ulas
  • Kulit Kayu Manis : : 1 Batang
  • Buah Pelaga : : 4 Biji
  • Bunga Lawang : : 2 Kuntum
  • Butter : : Sedikit
  • Garam : : Secukup Rasa
  • Kiub Pati Ayam : : 2 / 3 Kiub
  • Air Rebusan Ayam : : 6 Cawan
Cara-cara Memasak Ayam Penyet:
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. 
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.. 
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 
Cara-Cara Memasak Sambal Ayam Penyet :
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. 
  • Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. 
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. 
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. 
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. 
  • Masukkan gula merah dan gaul rata. 
  • Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. 
Cara-Cara Memasak Sup :
  • Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.Masukkan sup bunyut.. 
  • Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan
Cara-Cara Memasak Nasi Ayam Penyet :
  • Untuk Nasi Panaskan butter. 
  • Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. 
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. 
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. 
  • Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi eletrik dan masak macam biasa
Diolah semula oleh Tumis Tumis Chef supaya lebih difahami.
Sumber Asal Dari : MyResipi


Bihun Laksa Sarawak

Mee Laksa Sarawak

Bahan -Bahan Untuk Kuah :
  • Udang : : Mengikut Kesesuaian
  • Perencah Laksa Sarawak : : 200gm
  • Isi ayam : : Bahagian Dada  
  • Bihun : : Sebungkus
  • Taugeh : : Secukupnya (Mengiku Kesesuaian)
  • Santan : : 500ml
  • Daun Ketumbar : : 4 Helai (Untuk Hiasan)
  • Telur Ayam : : 4 Biji (Goreng Dadar)
  • Serai  : : 2 Batang (Diketuk)
  • Air : : Secukupnya (Mengikut Kesesuaian)
  • Garam & Gula : : Secukup Rasa
Bahan Untuk Sambal Belacan :
  • Cili Merah  : : 4 Biji
  • Belacan : : Sedikit (Mengikut Kesesuaian)
  • Limau Kasturi : : 6 Biji (Ambil Jusnya  Sahaja)
  • Gula & Garam : : Secukup Rasa
Cara-Cara Memasak Kuah :
  • Renehkan Udang (masih berkulit) bersama dengan dada ayam ke dalam air.
  • Setelah mendidih biarkan sebentar kemudian keluarkan udang serta ayam dan ketepikan sementara.
  • Masukkan perencah laksa Sarawak dan masukkan ke dalam air rebusan tadi dan kacau perlahan-lahan. Masukkan serai.
  • Setelah sebati dan mendidih, masukkan santan dan akhir sekali masukkan garam & gula secukup rasa.
Cara-Cara Membuat Sambal Belacan :
  • Tumbuk cili merah & belacan, kemudian gaulkan bersama jus limau kasturi. Akhir sekali masukkan garam & gula secukup rasa.
Cara-Cara Penyediaan :
  • Bihun dicelur dgn air panas, kemudian celup ke air dan ketepikan. 
  • Tauge juga dicelur. 
  • Buang kulit udang dan carikkan isi ayam. 
  • Goreng telur menjadi telur dadar. Kemudian hiris halus.
Cara-Cara Hidangan Terakhir :
  • Ambil bihun dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa. Setelah kuah penuh hiaskan dengan taugeh, daun ketumbar, beberapa ekor udang dan juga sedikit isi ayam yang telah di carik di atas mee tersebut. Sedia untuk di makan.

Friday, May 13, 2011

Bubur Asyura

Bahan-Bahan :
  • Beras : : 1 kg 
  • Bawang Putih : : 10 grm 
  • Bawang Merah : : 30 grm 
  • Halia : : 5 grm 
  • Kacang Tanah : : 300 grm 
  • Daging : : 400 grm 
  • Santan Pekat : :  ½ kg 
  • Rempah Kurma : : 200 grm 
  • Daun bawang : : 100 grm 
  • Daun sup : : 100 grm 
  • Bawang goreng : : 120 grm 
  • Garam secukup rasa 
  • Bahan perasa secukup rasa 
Cara-Cara :
  • Masak beras bersama daging,kacang tanah sehingga separuh masak. 
  • Tumis bawang putih,halia,bawang merah sehingga garing dan masuk kan rempah kurma sehingga naik bau nya 
  • Kemudian masuk kan kedalam nasi yang separuh masak tadi bersama daging yang telah dipotong kecil. 
  • Akhir sekali masuk kan santan dan perasa kan makanan.
  • Sebelum dihidang tabor lah bawang goreng,daun sop dan daun bawang. 
  • Waktu memasak lbh kurang 3 jam 
Sumbangan Abg K

Wednesday, May 11, 2011

Nasi Beriani

 Bahan-Bahan :
  • 800 gram beras beriani
  • 100 gram cili merah
  • 40 gram bawang putih
  • 60 gram halia
  • 50 gram serai
  • 70 gram minyak sapi
  • 150 gram rempah beriani 
Cara-Cara :
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
  • Masukkan rempah beriani dan kacau sehingga pecah minyak. 
  • Masukkan air dan susu cair secukupnya. 
  • Masukkan beras yang telah dibersihkan dan kacau hingga sebati. Kecilkan api sehingga nasi masak. 
Sumbangan Abg K